Mesin Pencari

Artikel lainnya

Sunday, October 24, 2010

ZIKIR PENGUBAT JIWA

HATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:
  • Selalu mengingati (zikir) Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi. www.familiazam.com
  • Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit. www.familiazam.com
  • Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yangterbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati. www.familiazam.com
Sumber: Foward Email

No comments:

Post a Comment

Recomendasi

Artikel terbaru

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BUKU TAMU


ShoutMix chat widget